0 %
6H5M ZIARAH WALI SONGO
INDONESIA

6H5M ZIARAH WALI SONGO

KUALA LUMPUR - SURABAYA - TUBAN - KUDUS - SEMARANG - CIREBON - JAKARTA
PAKEJ LENGKAP TANPA KOS TERSEMBUNYI

HARI 1: KUALA LUMPUR – SURABAYA (MDP/MT/MM)

  • Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas.
  • Urusan check in bagasi dan boarding pass serta taklimat dari pengiring Morza Travel.
  • Berlepas ke Surabaya dan tiba di Juanda Airport di sambut oleh wakil Morza travel.
  • Peserta dibawa ke restoran tempatan untuk makan tengahari 
  • Lawatan ke Monkasel atau dikenali dengan Monumen kapal selam.
  • Meneruskan lawatan ke Masjid Cheng Ho iaitu sebuah masjid yang menggabungkan elemen-elemen budaya Islam dan Tionghoa. 
  • Lawatan ke Makam Sunan Ampel yang merupakan salah satu dari 9 Wali Songo yang terkenal dalam menyebarkan Islam di Pulau Jawa. 
  •  Makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI SURABAYA

HARI 2: SURABAYA – TUBAN (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.
  • Meneruskan lawatan ke Makam Sunan Giri yang dikenali dengan nama Muhammad Ainul Yakin salah satu daripada 9 wali songo yang berjasa bagi penyebaran agama Islam di Pulau Jawa.
  • Lawatan ke makam Maulana Malik Ibrahim atau dikenali dengan Sunan Gresik yang merupakan orang pertama yang menyebarkan agama islam di tanah jawa.
  • Peserta akan dibawa ke restoran tempatan untuk makan tengahari
  • Meneruskan perjalanan ke Lamongan dan melawat Makam Sunan Drajat atau dikenali dengan nama Syarifuddin atau Raden Qosim anak kepada Sunan Ampel. Beliau sering memerhatikan nasib kaum fakir miskin dan beliau berhasil menciptakan kehidupan rakyatnya makmur.
  • Peserta akan di bawa ke Tuban dan melawat makam Sunan Bonang atau diberi nama Raden Maulana Makdum Ibrahim dikenali sebagai penyebar Islam yang menguasai ilmu fikh, usuluddin, tasawuf, seni, sastra, arsitektur, dan ilmu silat.
  • Makan malam di restoran halal tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI TUBAN

HARI 3: TUBAN - KUDUS - SEMARANG (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.
  • Meneruskan perjalanan ke Kudus, mengunjungi Makam Sunan Kudus atau dikenali Ja’far Shadiq yang merupakan ulama dan panglima perang Kesultanan Demak yang termasuk dalam anggota dewan Wali Songo.
  • Lawatan ke Masjid Kudus merupakan salah satu masjid tua di Pulau Jawa yang menjadi saksi sejarah terjadinya akulturasi antara kebudayaan Jawa, Hindu, dan Islam.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Lawatan ke Makam Sunan Muria atau Raden Umar Said dikenali sebagai tokoh yang menyebarkan agama Islam di daerah Gunung Muria, pantai utara Jepara.
  • Peserta akan dibawa ke Demak untuk mengunjungi Makam Sunan Kalijaga diberi nama Raden Mas'id yang merupakan seorang ulama yang sangat bijak di dalam menganalisis masalah dakwah.
  • Lawatan ke Masjid Agung Demak yang telah dibangunkan oleh Sunan Kalijaga.
  • Meneruskan perjalanan ke Semarang dan makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI SEMARANG

HARI 4: SEMARANG – CIREBON (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Peserta akan dibawa ke Masjid Agung Jawa Tengah yang terkenal dengan keunikan seni bina masjidnya yang menggabungkan tiga elemen iaitu budaya islam, budaya jawa dan budaya Roman.
  • Singgah di Jalan Pandanaran yang sinonim dengan pelbagai jualan cenderahati tempatan.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Bergerak menuju ke Cirebon.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI CIREBON

HARI 5: CIREBON - JAKARTA (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Peserta akan dibawa ke Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah bin Syarif Abdullah sebagai seorang ulama dan kesatria di Jawa Barat. Dirinya berhasil menakluki Kerajaan Hindu Pajajaran dan mendirikan dua kerajaan Islam, yakni Banten dan Cirebon.
  • Singgah di Batik Trusmi yang terkenal dengan pusat jualan batik.
  • Peserta akan dibawa ke Jakarta dan makan tengahari restoran tempatan.
  • Lawatan ke Masjid Istiqlal yang merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara.
  • Makan malam di restoran tempatan
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas.

BERMALAM DI JAKARTA

HARI 6: JAKARTA – KUALA LUMPUR (SP/MDP/-)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Peserta dibawa melawat dan bergambar di Monas.
  • Membeli belah dan makan tengahari di Thamrin City Mall (bebas, perbelanjaan sendiri) sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
  • Peserta dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta untuk
    penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
  • Tiba di Kuala Lumpur & urusan bagasi dan imigresen.
  • Aktiviti tamat bersama kenangan indah dari Indonesia. Terima kasih kerana memilih Morza Travel Sdn Bhd sebagai sahabat pelancongan anda.

**Jadual perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan semasa bergantung kepada apa-apa yang menjejaskan jadual perjalanan

OKTOBER
  Penerbangan
AIR ASIA | BATIK AIR
  Penginapan
   

  Maklumat Hotel

3 STAR HOTEL


Surabaya: Neo Hotel atau setaraf (1 Malam)
Tuban: Votel Charis Hotel atau setaraf (1 malam)
Semarang: @Hom Hotel atau setaraf (1 malam)
Cirebon: Neo Samadikun Hotel atau setaraf (1 malam)
Jakarta: Orchardz Jayakarta Hotel atau setaraf (1 malam)

  Jadual Penerbangan

TARIKH SEKTOR NO PESAWAT ETD ETA
HARI 1 KUL-SUB QZ 321 0910 1045
HARI 6 CGK-KUL OD 349 1630 1945

KUL | KUALA LUMPUR   SUB|SURABAYA   CGK|JAKARTA

  Tarikh Berlepas

05-01-2026

29-04-2026

  Harga Pakej

MATTA PROMO     JIMAT RM 300
DEWASA
BER2 / BER3

RM 2,770

RM 3,070

W/EMAS
> 55 TAHUN

RM 2,670

RM 2,970

KANAK2
BERKATIL

RM 2,570

RM 2,870

KANAK2
TANPA KATIL

RM 2,370

RM 2,670

Kenapa Perlu Pilih Kami ?

100% Muslim
Bumiputera

Harga Diskaun
untuk Warga Emas

Pilihan Pakej Bajet
Standard dan Upgrade

Pilihan
Restoran Muslim

Ketua Rombongan
Berpengalaman

Penjagaan
Waktu Solat

Pilihan Hotel
Mengikut Pakej Pilihan

Pengangkutan
Yang Selesa

Ahli Berdaftar
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Tourism Malaysia
MATTA
PAPUH